Twitter

Pengikut

Profil

Jose Ayvb, Kemaman Island

"Learn to be happy with less"
"Expect the unexpected"
"Nothing ventured, nothing gained"

Lihat Profil Penuh

Islam di mata mereka.


Seorang Yahudi boleh membela jambangnya bagi membina kekukuhan imannya.
Namun, apabila seorang Muslim membuat perkara yang sama, beliau dianggap pengganas dan ekstrimis
Seorang biarawati boleh menutup kepalanya sehingga kakinya bagi mentaati Tuhannya.
Namun, apabila gadis Muslim melakukan perkara yang sama, beliau diberi tekanan oleh pihak lain.
Apabila seorang ibu daripada barat menjadi surirumah untuk menjaga rumah dan anaknya, beliau dipandang tinggi dan dihormati kerana pengorbanan yang beliau berikan.
Namun, apabila seorang ibu Muslim membuat perkara yang sama mengikut kehendaknya, mereka kata "dia perlu dibebaskan!!"
Bagi kaum perempuan apabila ke Universiti, mereka mempunyai hak dan kebebasan untuk memakai apa sahaja mengikut caranya.
Namun, apabila seorang Muslim memakai tudung, mereka menghalangnya daripada masuk Universiti.
Apabila seorang kanak-kanak menunjukkan minat terhadap sesuatu perkara atau subjek, beliau dikatakan mempunyai bakat dan potensi.
Apabila seorang kanak-kanak Muslim menunjukkan minat terhadap Islam, beliau dikatakan tidak berguna.


Apabila seorang Yahudi membunuh seseorang, agama tidak dikaitkan. Apabila seorang Muslim dihadapkan terhadap tuduhan jenayah, Agama Islam lah yang dipersalahkan.
 
Apabila seseorang mengorbankan diri untuk menyelamatkan orang lain, beliau dipandang mulia dan semua menghormatinya.
Namun apabila seorang Palestinian membuat perkara yang sama terhadap anaknya daripada dibunuh, tangan adiknya daripada dipatahkan, ibunya dirogol, rumahnya dibakar, dan Masjid dihina dengan pelbagai cara, beliau mendapat gelaran "pengganas"! Kenapa? Sebab beliau adalah seorang Muslim.
Apabila seorang memandu kereta mewah dengan sikap yang kurang ajar, kereta tersebut tidak dipersalahkan.
Namun apabila seorang Muslim melakukan kesilapan atau dihadapkan terhadap satu pertuduhan jenayah, Islam adalah puncanya.
Tanpa ragu-ragu, kita mempercayai segala apa yang disampaikan oleh surat khabar dan berita.
Tetapi sering mempersoalkan apa yang dikatakan al-QURAN!

Renung-renungkan.
Kredit kepada: Shafif

comment 3 pengkritik:

Cinta Madu on 29 Oktober 2010 pada 8:07 PTG berkata...

orang kalau dah tak puas hati, kita buat apa pun dia nak kata. geram~

Jose Ayvb berkata...

mereka yang pegang kuasa.. mereka mengajar umat manusia untuk membenci Islam secara penipuan melalui media dan berita serta konspirasi..

Cinta Madu on 30 Oktober 2010 pada 12:54 PG berkata...

betul, sampai rakyat mereka sendiri dah tak percaya dengan media mereka sendiri.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Delete this element to display blogger navbar

 
© 2010 Jose Ayvb [Jo.onG] is proudly powered by Blogger