Terdapat beberapa golongan wanita yang sangat mudah untuk ditipu oleh
lelaki. Disini saya senaraikan 6 golongan wanita yang lebih cenderung untuk
ditipu oleh kaum lelaki. Jadi hati-hati la yea.
1 .Golongan yang Terlalu Mudah Mempercayai Kepada Lelaki
Inilah dikatakan cinta itu buta lagi membutakan. Mungkin kerana terlalu
sayang wanita meletakan 100% kepercayaan kepada pasangannya. Ini bukan
bermaksud untuk anda jangan percaya kepada pasangan anda tetapi biar
berpada-pada. Jangan pulak jadi cemburu buta ini lagi susah. Jadi sentiasa
menggunakan akal fikiran anda dengan bijak dan mungkin juga hanya perlu
mempercayai 90% kepada lelaki.
2. Golongan Wanita yang Terdesak Untuk Berkahwin
Golongan ini bukan nak kata sangap tapi oleh disebabkan usia sudah lanjut
jodoh pulak belum sampai. Ini menjadikan wanita mula terdesak untuk berkahwin
nanti takut pulak di gelar “Andartu”. Walaupun terdesak untuk mencari pasangan
hidup anda perlu lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya.
3. Golongan Wanita Suka Bersosial
Sosial yang dimaksudkan ialan golongan wanita yang suka berfoya-foya sepert
clubbing,parti,disko dan mempunyai pemikiran “Hidup Hanya Sekali” Semua perkara
nak dirasa.
4. Golongan yang Tidak Mementingkan Ilmu
Ilmu yang dikatakan ini bukan lah ilmu pelajaran seperti kita belajar di
Universiti. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu atau pengetahuan dalam konteks
percintaan, perkahwinan dan juga tentang hala tuju kehidupan anda. Menerusi
bahan bacaan banyak perkara boleh dipelajari.
5. Golongan Wanita yang Memandang Rupa Paras dan Harta Benda
Ramai golongan wanita mudah untuk jatuh cinta kepada lelaki yang hensem dan
kacak atau yang berduit. Tidak salah untuk jatuh hati kepada golongan seperti
itu tetapi anda perlu tahu yang anda perlu untuk kena membuat persiapan untuk
pertahanan diri anda. Jika dengan lelaki yang tidak hensem pun mudah ditipu
inikan pula dengan yang hensem. Nak dibuang sayang nak disimpan sakit.
6. Golongan Wanita yang “Redha”
Walaupun dah selalu makan hati dan dah banyak kali pasangan kantoi curang
tetapi tetap mengharapkan pasangan berubah. Bukan setakat makan hati berulam
jantung tapi dah sampai makan tangan berulam kaki dah pun tetapi masih redha
apa yang terjadi. Menerima seadanya la katakan. Kalau terus redha memang selalu
kena tipu la jawabnya
Sumber:
selangor2u.blog
yang last skali tu...yang mkn tangan berulam kaki...wakaka klako XD
ada betulnye..tpkan sy rase pompuan memg lembut ati..bkn na sgt tertipu..tp ellaki yg suke menipu..huhu~ ayh sy ckp, kalau dlm dunia nie lelaki sume baik, tkkan ada pompuan yg jahat..sb lelaki yg mbimbing pompuan..
g.1- bukan ke kepercayaan itu penting dlm setiap perhubungan?
g.2- terdesak tu aku boleh terima, sangap tu yg x boleh blah. haha
g.3- bukan ke diorang ni yg selalu perdaya lelaki?
g.4- haa, yg ni aku no cemment. tiada yg benar melainkan yang benar belaka.
g.5- yg ni bahaya ni. semua org suka tgk yg cantik, handsome dan bling bling. tapi rasanya itu bukan cinta, tp nafsu.
g.6- terpaksa la redha. kalau tak redha, kita melawan, kang tak pasal2 jadi isteri derhaka plk. how how?
sape suruh ko letak label pengkritik, kan aku dah gatal tangan pegi kritik. huohuohuo~
sarah: haha.. no komen.. :p
khumaera: x semua laki jahat, x semua pmpuan jahat(contohnye kite sume). haha..
madu: ade betol gak ko cakap tu madu. kritik aja, jgn hipokrit. hehe.. :p
macam pernah kubaca di tempat lain je.. no offense~ :)
artikel ini dipetik di selangor2u.com
xyah pcaya 100%. tp ambil sebagai pedoman.
wehuuu
alhamdulillah
satu pon saya tak tergolong...
memang di mulut cakap suka laki kaya la ensem la ape tapi mulut je..
angan2 je dan bukan kte dapat sume yg kita nak kan
realitinye sedar yang semua tu tak pentingkan..
tak percaya pun actually. yang penting dalam r'ship biar ikhlas. kalau tak ikhlas apepun tak jadi.
hihihihi... :P
owh..kirenye laki2 dokleh caye la ni..hOhO
bukan gitu.. terserah kpd diri masing2.. bukan suruh percaya ape yg dalam post ni.. kalau lah anda terdiri drp slh satu golongan di atas ni, dan lelaki tersebut jujur, selamatlah anda @ bnasib baik.. cume nak gtau, ni antara golongan2 yg mudah ditipu je.. elakkan drp termasuk drp golongan tersebut.. prevent is better than cure.. :)
6 jer ke..hehe...nga merenung nie..cik su ade tak sifat lagu tu
moga2 sifat tersebut dijauhi.. aminn..
CASINO - HOSPITAL ONLINE SLOTS GIVES MONEY
CASINO · 논산 출장마사지 RONTLINE · 충주 출장마사지 CASINO 하남 출장마사지 · RYALA · CASINO · 광명 출장샵 RYALA · CASINO CASINO · LAS VEGAS, 남원 출장마사지 NV.
Catat Ulasan