Topik ini agak menarik untuk diperbahaskan. Boleh dikatakan
agak normal dan sering terjadi antara kita ataupun rakan-rakan kita. Golongan
ini boleh dikatakan agak ramai, di mana lelaki hanya menggunakan perempuan sebagai
tempat luahan perasaan, melepaskan kebosanan ataupun sekadar ‘flirting around’.
Namun, kaum hawa tidak boleh sewenang-wenangnya mengatakan
bahawa lelaki yang berada dalam golongan ini adalah teruk. Mereka mungkin hanya
nampak dari segi luaran sahaja kerana yang buruk selalu datang dari lelaki
namun mereka jarang sekali melihat dari segi dalaman.
Saya tidak arif dalam bidang(cinta@jiwang) ini, namun saya
juga sering terfikir dan ingin membahas topik ini berdasarkan pandangan seorang
lelaki, dan saya juga pernah alami situasi ini dan pernah juga berlaku kepada
beberapa rakan-rakan saya.
Fasa pertama dalam percintaan adalah sesi mengorat. Macam
biasalah, lelaki yang mulakan dulu. Tapi zaman sekarang, sudah tidak menjadi
sesuatu yang ganjil jika perempuan yang mulakan dulu. Beralih kepada topik
asal, apabila mereka sudah tangkap cintan, hangat bercinta, sudah pasti mereka
akan sentiasa bersama 24/7. Makan bersama, jalan bersama, solat berjemaah
(bagusnye), study bersama, tidur bersama (konon-kononlah).
Bila berjauhan, sudah pasti mereka akan sering bertanya
khabar antara satu sama lain, contohnya ber’sms’ dan ‘calling’ 24/7. Ini adalah
perkara yang normal bagi perempuan, kerana mereka ingin dimanjai dan dihargai
serta ingin diri mereka diambil berat oleh orang yang mereka sayang. Habis
berapa banyak duit pun, mereka tidak kisah asalkan bahagia.
Tetapi, ini sedikit berlainan dengan kaum lelaki, mungkin
bukan kesemuanya, tetapi sebahagiannya (sebahagian kecil atau besar kita tidak
tahu). Tabiat lelaki adalah, mereka suka meluangkan masa dengan rakan-rakan, sedang
bawa motor, tengok EPL, berjalan-jalan di tempat yang ramai awek, bermain game
(i.e. DotA, Fiesta, etc), dan juga tak kurangnya bergosip kecil-kecilan, serta
memperbahaskan tentang sesuatu yang tidak berkaitan dengan percintaan(politik @
agama). Apabila mereka diganggu dengan bunyi ‘sms’ ataupun panggilan daripada
awek@skandal, ini akan membuatkan mereka menjadi lambat untuk membalas ‘sms’
ataupun tidak mengangkat telefon dan memberi alasan bahawa bateri kong, henset
tertinggal dan lain-lain. Dan ini sudah tentu membuatkan kaum perempuan akan
menjadi gelisah kerana ‘sms’ mereka tidak dibalas dan telefon tidak diangkat
sedangkan mereka dalam keadaan kesedihan ataupun tersangat rindu akan ‘pakwe’.
Apa yang akan dibuat oleh kaum perempuan ini adalah dengan menghantar lagi
‘sms’ dan kerap menelefon si ‘pakwe’. Sikap ‘pushing’ ini akan membuatkan si lelaki
akan menjadi tertekan dan bosan kerana mereka anggap jika lambat membalas ‘sms’
itu adalah perkara yang remeh, sedangkan ini adalah perkara yang penting bagi
perempuan.
Lelaki juga ada banyak kerja untuk dibuat. Fahamilah
perasaan lelaki, jika anda sayang pada mereka. Jika tidak ‘sms’ satu hari,
mungkin dia sibuk. Jika dia sibuk mencari perempuan lain, biarkanlah dia kerana
anda sepatutnya dapat yang lebih baik daripadanya. Jangan sayang kepada orang
yang tidak sayang kepada anda.
Tetapi, melalui pandangan yang berbeza, golongan yang bosan
terhadap perempuan mungkin juga bukan kerana sikap ‘pushing’ seperti yang
dinyatakan sebelum ini. Mungkin kerana golongan lelaki tersebut tidak dapat apa
yang diingini, ataupun mereka sememangnya tidak setia. Golongan ini apabila
bercinta walaubagaimanapun dapat bertahan dalam jangkawaktu yang agak singkat. Harap-harap
agar anda tidak bertemu dengan golongan seperti ini dan saya juga berharap agar
dijauhi dengan sikap tersebut.
Anda boleh simpulkan sendiri daripada apa yang telah saya
sampaikan. Apa yang dibahaskan di atas hanyalah pendapat daripada saya. Tidak
semestinya apa yang saya cuba sampaikan ini betul, namun tidak salah untuk kita
berkongsi pendapat. “Sharing is caring”, am I right?
nice. :) thanks for sharing
"Jangan sayang kepada orang yang tidak sayang kepada anda". nice one. usah dibuang air mata menangisi yang tak sepatutnya untuk anda. walk away and move on~
ye.. itula yang terbaik.. walk away and move on.. jangan dikenang kisah yang lalu..
bagus lah ko ni joong, bila ko buat research ni? sempat lagi ko kan. btw, gambar yg last tu mcm waktu man tido dlm kelas lah.
haha.. dah pandai panggil aku joong eh.. smlm xde tenet, so sempat la nak wat research pasal ni.. kah3.. yg gmbar last tu, rambut r kot yg same mcm man.. ksian man..
caring is coupling..ahahaha (^_^)
coupling will produce moment. hahaha
nice one........pndai awk kaji....hehehee=)
am i right?? hahaha. kepok pale kang
hahaha.....am i wrong??x kate nape2 pon ok...
yes you are wrong. haha
Whoa suka gila entry nih! ;)
Apa yg terjadi pd zaty ialah yg sebaliknya but zaty bukanlah seorang yg cepat jemu pd lelaki cuma zaty jarang nak msg/call bf sehinggakan die buat spekulasi lain terhadap zaty :(
Actually zaty niat tak nak ganggu die sbb zaty tahu die sibuk. But at the end, die tak paham n die kata zaty ade lelaki lain! wth :(
itulah andaian dan spekulasi seseorang apabila dirinya berada dalam situasi ini(rase mcm dipinggirkan). ape yang perlu dibuat, sepatutnye memahami sikap si dia. kalau die tak suka diganggu, jangan ganggu. kalau die suke bermanje, haa bagus la tu..
dan lagi jangan cemburu tidak bertempat. cemburu itu bagus, tapi jangan lebih2, dan jangan x cemburu langsung.
tapi kalau betul die ade orang lain atau flirting around, haa paham2 la..
perghhh... da mcm brader love mu pah..haha
aku rase mu bulih doh ltok tab se lg; luahan perasaan..kih3
tuh r.. nnt ade r ag falsafah cinta yang aku leh terbitkan..
mulai sekarang, panggil aku brader love. hahaha
jose ayvb ni laki ke pmpuan..
kOnpius2..haha..
ade pmpuan xsuke kene tipu wpon bnde kcik2..
tros trang is better..
wpon tpkse angkt fon tuk 2saat..kot..
sbb majoriti pmpuan xkongkong..
ckup kalo taw hal sbenar..
2saat tu ckup tuk njoy ngn kwn2 tnpe gangguan..kot..haha
**tuk sape2 yg seyez jela kot..
ak xpon xpasti..hoho
laki lahh.. haha.. ni sebab ade org tanye kat aku pasal ni.. so aku tulis ikut pandangan aku la.. xkan semuanya pmpuan yang nak tulis kan..? hehe..
yeke pmpuan skarang x kongkong..? lagipun, bukan masalah kongkongan, tapi masalah nak berkepit, ngn nak lepaskan rindu.. maklumlah perempuan, bile dah bercinte, *habis*... ;P
bagos la post nie.. jgn terlalu syang je.. laen la klau dya tue jdoh kita..=)
mekaseh kerana menyokong.. hehe..
Catat Ulasan