Twitter

Pengikut

Profil

Jose Ayvb, Kemaman Island

"Learn to be happy with less"
"Expect the unexpected"
"Nothing ventured, nothing gained"

Lihat Profil Penuh

11
Sejak aku ada tanggungjawab yang besar.

Dah lama sangat tak update blog ni. Sebab, setiap hari saya bekerja. Masuk kerja awal, balik kerja lewat. Nak buat macam mana, tanggungjawab kan.

7.30: Hantar pekerja ke butik di Giant @ Mesramall, bergantung kpd keadaan.
8.30: Masuk kerja di Ofis
5.30: Semua orang balik dr kerja waktu ni, dan memandangkan kesesakan yang agak teruk di jambatan Bukit Kuang (3 lane kepada 1 lane), menyebabkan saya malas nak balik awal. Keadaan kesesakan lalu lintas ini tidaklah seteruk MRRII, tetapi, jika ada sebuah kereta yang rosak di tengah-tengah jambatan tersebut, maka kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut akan menjadi lebih teruk daripada MRRII.
7.00: Saya memutuskan untuk balik ke rumah pada waktu ini.
8.00: Usrah bersama keluarga (adalah dalam 5kali seminggu bergantung kepada ketidaksibukan Tuan Rumah)
9.30: Bertolak ke Mesramall @ Giant untuk mengambil pekerja.
11.00: Sampai di rumah

Inilah butik emak saya. Kalau ada masa, LIKE lah ye di Facebook. Hehe.

InsyaAllah kalau ada masa, nak jugak update-update lagi blog ni.
Sekian.

Keterangan Lanjut

10
Nostalgia Seorang Blogger Amatur Sebelum Adanya Blogspot dan Wordpress.

Blogspot dan Wordpress masing-masing adalah platform bagi blogger untuk. Kita dapat lihat bahawa kebanyakan blogger(gadis-gadis terutamanya) menggunakan platform ini bagi menggantikan diari buku mereka yang usang, ataupun yang telah hilang dicuri rakan karib mereka. Blogspot mempunyai kelebihan daripada segi penggunanya yang sangat ramai dan sangat popular. Ia juga ringkas, padat dan mudah untuk difahami tanpa memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap coding-coding yang agak rumit. Wordpress pula mempunyai keunikannya yang tersendiri dan mempunyai kelainan berbanding blogspot. Ia biasanya digunakan oleh golongan profesional yang mementingkan layout yang sesuai, ringkas dan padat. Saya pada asalnya memilih Wordpress setelah diperkenalkan oleh rakan persekolahan saya, tetapi memandangkan Blogspot mempunyai lebih ramai pengguna, saya terpaksa memilih Blogspot. Namun, masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri dalam menentukan platform mana yang lebih bagus.

Berbalik kepada zaman sebelum tiadanya blogging platform, istilah blogging tersebut tersangatlah jarang dipakai. Dan para-para blogger ini juga terpaksa mencari hosting yang tersendiri dan pada waktu itu terdapat pelbagai jenis hosting yang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Antara kekurangan yang sangat ketara ialah Advertisement yang tidak menguntungkan dan saiz Ads tersebut kadang-kadang agak besar dan sangat menyerabutkan. Dengan ini, terpaksalah kami mencari hosting lain yang sesuai di "yahoo", pada waktu itu google masih belum ada dengan menggunakan kata kunci "free hosting no ads". Adalah beberapa hosting yang agak bagus pada masa itu di mana ia mampu membekalkan sehingga 100MB ruang secara percuma. Migration daripada satu hosting ke hosting yang lain adalah perkara yang normal pada masa tersebut, kerana hosting yang ada pada masa itu ada yang mempunyai masalah termasuklah penambahan Ads secara melampau.

Migration akan menyebabkan URL anda tidak sama seperti yang sebelumnya. Dan untuk mengatasi kekeliruan rakan-rakan blog pada masa tersebut, kami terpaksa mencari domain percuma yang sesuai seperti .cjb.net. dan beberapa domain lain.

Pada masa itu juga, kami tidak dibekalkan kemudahan seperti yang ada di blogging platform seperti template, comment box, termasuklah widgets yang menarik. Untuk blogger amatur seperti saya, kami pada masa itu dibekalkan dengan software Macromedia Dreamweaver untuk menghasilkan layout yang tersendiri. Untuk lebih menarik, layout tersebut akan di design di Adobe Photoshop dan kemudian dipotong mengikut kehendak masing-masing dan seterusnya dimasukkan ke dalam DW. Dan sedikit touch-up, maka terhasillah sebuah blog(website) yang menarik. Bagi ruangan comments, kami terpaksa bertungkus-lumus dalam mencari website yang membekalkan coding tersebut, dan apa yang kami dapat adalah comments yang berbentuk pop-up window.

Saya belajar menggunakan kaedah HTML daripada abang sulung saya pada umur 12 tahun. Beliau adalah seorang yang profesional dan jika dibandingkan dengan saya, tersangatlah jauh ketaranya. Ini adalah blog beliau yang sudah jarang diupdate http://madfozi.net. Beliau adalah salah seorang ahli Sifoo.com dan juga salah seorang pengasas EkadMalaysia.net pada tahun 2004 kalau tak silap. Pada masa itu, website tersebut mencecah hits yang sangat tinggi. Untuk keterangan lanjut, sila lawati http://www.exmaahadian.com/ekadmalaysia/ecard.php?cmd=review.



Mereka adalah pakar-pakar dalam penggunaan PHP. Dan pada masa itu saya hanya dapat menghasilkan sebuah website yang ringkas sahaja. Post terakhir saya pada masa itu adalah pada tahun 2005. Anda boleh lawati http://zpah3d.atspace.com/ untuk melihat hasil kerja saya yang tidak seberapa pada masa itu, namun masih dapat dibanggakan kerana antara yang terawal dalam dunia blogging. Hehe.




Layout ini adalah hasil kerja tangan saya sendiri pada waktu itu, dan sedikit masalah alingment tersebut adalah kerana gambar yang dibawahnya sudah tiada (not available). Selepas daripada post terakhir tersebut, saya membawa diri jauh daripada dunia blogging kerana minat yang kian pudar serta tiada idea untuk dilontarkan bersama. Rakan saya pada masa itu masih giat aktif berblogging, dan pada masa ini saya kurang pasti adakah beliau masih berblogging seperti dahulu.

Apakah yang mungkin akan terjadi sekiranya tiada platform blogging seperti Blogspot dan Wordpress? Istilah "saya follow awak follow" tidak akan wujud, tiadalah diari gadis-gadis cantik dan apa yang ada cumalah blogger profesional sahaja. Nuffnang juga mungkin tidak akan wujud dan dengan ini secara tidak langsung akan mengurangkan pendapatan sampingan anda. Kesimpulannya, anda semua sangat bertuah dengan adanya Blogger dan Wordpress.


Sekian nostalgia yang saya kongsikan kepada anda.
Keterangan Lanjut

0
Adobe Dreamweaver CS5 11.0.4909 + Activation

Adobe® Dreamweaver® CS5


Adobe® Dreamweaver® CS5 software empowers designers and developers to build standards-based websites with confidence. Work visually or directly in code, develop with your existing content management system like WordPress, Joomla!, or Drupal, and design productively with CSS inspection tools.
Simplify advanced website development with integrated support for Subversion® and custom PHP code hinting. Get fast and accurate browser-compatibility testing, and test dynamic content thanks to integration with Adobe BrowserLab, a new Adobe CS Live online.


Download Links:
http://www.fileserve.com/file/SSQUTJJ
http://www.fileserve.com/file/9EsQGXa
http://www.fileserve.com/file/5bRecc9

Enjoy.
Keterangan Lanjut

3
Nak 1000 Daya, Tak Nak Sudah.

Lagi-lagi gambar yang menarik untuk dikongsikan bersama. Berikut adalah mereka yang menggunakan teknologi sebaik mungkin.

























Sumber: Shafif
Keterangan Lanjut

12
Pakai Pensil Pun Boleh?

Entry nih aku petik aje dari e-mail seorang rakan memandangkan aku ni adalah seorang yang malas dalam penulisan ataupun mengarang sesuatu. Lihatlah apa yang boleh dibuat dengan hanya berbekalkan sebatang pensil.


Seni Mengukir yang Menakjubkan


 Dengan bermodalkan beberapa batang pensil murah. Boleh didapati di kedai alat tulis.


 
Bermula daripada huruf A hingga Z


 Sangat kreatif dan mengujakan.


Macam Brad Pitt pun ade.


Sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada awek.


Nampak je kecil, tapi kuat.


Key Chain lagi besar daripada kunci.


Pensil dah kena skru.


Isi hati pensil yang sebenar.


Tajam mengalahkan pisau cukur.


Jangan cube untuk duduk ye!


Sesuai untuk dijadikan cawan teh orang jepun.


Saiz -10?


Pening posmen nak cari peti surat nih..


Butang pensil.


Kreatif kan? Anda pun boleh.


Sumber: Shafif
Keterangan Lanjut

12
Uncang Teh yang Comel dan Kreatif

Sekarang ni musim exam, tak dapat nak update sangat blog ni. Entry ni berkaitan dengan uncang teh yang aku terima daripada seorang rakan melalui e-mail. Tak taulah korang dah penah tgk ke belum. Kalau tak pernah, ni ha aku nak tunjuk kat korang ni.

Berikut adalah uncang-uncang teh yang sangat kreatif dan comel. Nak buat uncang kopi pun boleh.





















Sumber: Shafif
Keterangan Lanjut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Delete this element to display blogger navbar

 
© 2010 Jose Ayvb [Jo.onG] is proudly powered by Blogger