Twitter

Pengikut

Profil

Jose Ayvb, Kemaman Island

"Learn to be happy with less"
"Expect the unexpected"
"Nothing ventured, nothing gained"

Lihat Profil Penuh

Fakta mengenai tin minuman yang boleh membawa maut.

Kejadian ini berlaku di Texas Utara, memang jauh dari Malaysia.

Ahad - Seorang wanita pergi memancing dengan menaiki bot, dan bersama dengannya beberapa botol air tin Coke dimana dia letakkannya di dalam peti ais yang terdapat di atas bot tersebut.

Isnin - Wanita tersebut dibawa ke hospital dan dimasukkan ke ICU.

Rabu - Wanita tersebut mati.

Ujian Autopsi menunjukkan wanita tersebut mati disebabkan Leptospirosis (sejenis penyakit hati disebabkan pendarahan dalaman dan penyakit kuning. Punca penyakit ini dikenalpasti adalah melalui tin Coke yang diminumnya, tidak melalui gelas. Ujian menunjukkan tin tersebut dijangkiti dengan air kencing tikus yang telah kering dan kemudiannya menjadi penyebab kepada Leptospirosis.

Air kencing tikus ini mengandungi toksik dan bahan yang boleh mendatangkan maut. Adalah amat disarankan supaya untuk membasuh dengan bersih bahagian atas kesemua tin sebelum meminumnya atau menggunakannya. Tin-tin tersebut disimpan di sebuah gudang dan dihantar terus kepada kedai-kedai tanpa dibersihkan dahulu.

Kajian di NYCU menunjukkan bahawa, kesemua bahagian atas tin telah tercemar dengan bakteria dan kuman lebih daripada tandas awam. Oleh itu, tin tersebut hendaklah dibasuh dengan air dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman dan penyakit.


comment 3 pengkritik:

pelayar d lautan manusia on 26 Oktober 2010 2:54 PTG berkata...

minom susu kambing la...bleh kuatkn tenaga batin...haha

Cinta Madu on 27 Oktober 2010 1:25 PG berkata...

ooooo, minum susu kambing boleh kuatkan tenaga batin~ eh, silap! oooooo, kena basuh dulu kalau nak minum air tin~ patutlah aku tengok cerita korea tu diorang lap atas tin tu dulu sebelum minum. tapi kalau minum pakai straw pun nak kena basuh jugak ke atas tin tu? hoho

Jose Ayvb berkata...

yeye je ko apis.. hahaha

sebab org korea jage hygiene. kite kene la stat dari skarang blaja jage benda2 ni sume..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Delete this element to display blogger navbar

 
© 2010 Jose Ayvb [Jo.onG] is proudly powered by Blogger