Twitter

Pengikut

Profil

Jose Ayvb, Kemaman Island

"Learn to be happy with less"
"Expect the unexpected"
"Nothing ventured, nothing gained"

Lihat Profil Penuh

101 Idea Romantis [Bahagian 1]




Post ini ditujukan kepada kaum lelaki yang ingin menunjukkan sifat romantisnya terhadap si dia. Berikut adalah 10 daripada 101 idea-idea yang romantis.


Idea # 1 

Jika pasangan anda akan pergi selama beberapa hari, katakan padanya bahawa anda bimbang tentangnya sehingga anda telah mengarahkan seorang “bodyguard” untuk menjaga dirinya. Kemudian berikanlah padanya “teddy bear”.


Idea # 2

Beli beberapa paket bintang “glow in the dark” dan letakkannya di atas syiling tempat tidur anda dengan ejaan mesej seperti "I Love You" Ketika lampu ditutup, mesej anda akan terbongkar!


Idea # 3

Pada hari-hari yang tertentu, belikan pasangan anda sebelas mawar merah hidup dan satu
mawar merah plastik. Letakkan mawar merah plastik tersebut di tengah-tengah jambak bunga tersebut.
Letakkan sebuah kad yang mengatakan:

"Aku akan mencintaimu sehingga mawar yang terakhir akan layu”


Idea # 4

Beli nama domain nama pasangan anda jika terdapat misalnya www.fatimah.com. Buat laman web yang mengandungi puisi romantis dan gambar mawar. Apabila pasangan anda sedang melayari internet, buat-buat bertanya padanya, pernahkah dia terfikir untuk mengetahui sekiranya domain namanya telah diambil atau tidak. Biarkan dia mencari sendiri laman web tersebut.


Idea # 5

Beli sebuah cermin tangan yang menarik dan berikannya kepada pasangan anda sebagai hadiah. Disertakan kad dalam kotak yang mengatakan,

"Dalam cermin ini anda akan melihat gambar
wanita paling cantik di dunia.”


Idea # 6

Ambil sebuah buku yang pasangan anda masih belum habis membacanya dan dengan menggunakan sebatang pensil, garis setiap bawah huruf dalam suatu bahagian dari buku tersebut yang masih belum dibaca olehnya untuk mengeja sebuah mesej cinta. Misalnya dalam mengambil contoh daripada sebuah novel yang berikut, yang digariskan hurufnya untuk menghuraikan mesej rahsia "I Love You".

"The palace was a labyrinth, their passage through it tortuous and interminable. Initially they passed from building to building under the sodden sky. Steve's feet ached; he might have laughed at himself, the tireless traveler, grown too soft from his months in the city to walk any proper distance. Abruptly the guards halted."

Huruf yang digariskan akan membuat pasangan anda ingin tahu dan dengan sedikit nasib yang baik dia akan menuliskannya semula. Luangkan sedikit masa untuk menyampaikan mesej yang lebih tersusun seperti "Oh Hajar, aku mencintaimu sayang".


Idea # 7

Hantarkan bunga ke tempat kerja pasangan anda. Tidak cukup dengan hanya bunga tersebut, dia akan menerima pandangan dan perhatian dari teman-teman sekerjanya yang akan menambahkan lagi kegembiraannya.

 
Idea # 8

Sedang anda berjalan dengan pasangan anda pada hujung minggu, ambil sebuah batu halus dan mengatakan bahawa anda akan menyimpannya sebagai kenang-kenangan khusus untuk hari tersebut. Kemudian, letaklah sebuah mesej seperti,

"Saya sayang Lisa"

yang terukir pada batu tersebut dengan sedikit hiasan dan berikannya kepada pasangan anda.


Idea # 9

Pergilah ke sebuah tempat di mana ada sebuah bukit berumput dan berbaringlah dengan pasangan anda di situ sambil melihat ke arah awan.
Main permainan kanak-kanak tentang mencari bentuk dalam formasi awan tersebut.


Idea # 10

Dapatkan sehelai kertas dan beberapa krayon. Lukiskan seorang kanak-kanak serta matahari yang tersenyum dan juga dua orang lidi yang sedang berpegangan tangan. Tambahkan label dengan dua nama yang sedang menunjuk ke arah orang lidi tersebut. Tuliskan "Aku cinta kamu" di dalam sebuah lukisan yang berbentuk hati. Seterusnya dapatkan sebuah sampul surat formal yang besar. Letakkan lukisan anda di dalamnya dan taip alamat formal tempat kerja pasangan anda seperti:

Perlu perhatian segera daripada:
                       
Siti Nurbayya binti Abu Daud
                        Tingkat 98, Bangunan Menara Warisan
                        Kuala Lumpur.

Pos surat tersebut kepada pasangan anda sehingga ia menerimanya pada satu tengah hari yang sibuk.

comment 10 pengkritik:

Cinta Madu on 29 Oktober 2010 8:22 PTG berkata...

bapakk suuwwweeeeeeeeet! nak laki mcm ni! nak laki mcm ni! ko buat mcm ni semua kat girlfriend ko ke joong? jealous nyeeeeeeeeeeeeeee!

Jose Ayvb berkata...

hahaaha.. semua girlfriend?? xdpt le.. akan aku simpan 10 yg terbaik untuk diriku.. masih ade 81 lagi idea romantis untuk di share..

Azri Björke on 30 Oktober 2010 2:13 PG berkata...

haha... ko pggil zpah joong ke zu....haha
jd name org tros joong... lari giler dr maksud sebenar..

Jose Ayvb berkata...

haha.. siam ke aku kene gelor joong..

MuNie on 30 Oktober 2010 2:49 PTG berkata...

cpt2 kawin la jepah

Jose Ayvb berkata...

pas grad aku kawen terus. insyaAllah..

nurulain zakaria on 1 November 2010 11:21 PTG berkata...

sangat bijak sungguh...sang arjuna mengajar arjua laen untuk mencairkan aty seorang wanita....

Jose Ayvb berkata...

tetapi arjuna tersebut masih menyimpan 1 idea rahsia kepada dirinya sendiri.. special punye.. hehe..

mRa on 3 November 2010 8:26 PG berkata...

super sweeet okay! ^_________^

Jose Ayvb berkata...

boleh la cube untuk pakwe2 kamu.? haha..

o.0

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Delete this element to display blogger navbar

 
© 2010 Jose Ayvb [Jo.onG] is proudly powered by Blogger