Sambungan daripada 101 Idea Romantis [Bahagian 1].
Idea # 11
Hafal salah satu
puisi cinta contohnya Shakespeare dan
bacalah pada pasangan anda ketika anda berada dalam suasana romantis seperti di
dalam sebuah taman bunga. Jangan baca puisi tersebut dengan tiba-tiba, kerana
pasangan anda pasti akan berasa pelik.
Apabila anda sedang
memeluk pasangan anda, cakaplah dengan nada bergurau, "Jadi, sekarang adalah
masa yang tepat untuk membacakan sebuah puisi cinta untuk awak?" Dia
mungkin akan mengatakan ya, mengharapkan anda untuk datang dengan sesuatu yang
"Mawar itu Merah ..." dan seterusnya.
Apa yang perlu
anda lakukan adalah, lihatlah ke dalam matanya, senyum dan lafazkan puisi
tersebut disamping belailah wajahnya. Cubalah puisi di bawah ini. Jika ini
terlalu panjang untuk diingati, cubalah cari puisi yang lebih ringkas.
“Wahai sayang ku,
Ketika pertama kali kita berpandangan, bertemu dan berbicara
Terasa ada sesuatu disudut hati ku ini
Ada angin mesra yang bertiup dengan begitu lembut sekali
Begitu samar-samar, cuba membisikkan sesuatu di hatiku….
Tentang sebuah kemesraan, tentang sebuah kehidupan
Sebuah kisah cinta, dan sebuah harapan diantara kita berdua.”
Ketika pertama kali kita berpandangan, bertemu dan berbicara
Terasa ada sesuatu disudut hati ku ini
Ada angin mesra yang bertiup dengan begitu lembut sekali
Begitu samar-samar, cuba membisikkan sesuatu di hatiku….
Tentang sebuah kemesraan, tentang sebuah kehidupan
Sebuah kisah cinta, dan sebuah harapan diantara kita berdua.”
Idea # 12
Jika pasangan
anda telah bekerja lebih masa, ambillah satu bekas makanan dan isikannnya
dengan beberapa makanan kegemarannya seperti coklat, teh herba, kuih, serta
letakkan sebuah patung “teddy bear”.
Seterusnya, tulis
di atas sehelai kertas
"Bungkusan
Lewat Malam Syira Yang Ajaib"
Tandakan pangkah
besar di bawahnya dan tampal kertas
tersebut ke atas bekas makanan tadi. Beritahu pasangan anda untuk membuka bekas
tersebut apabila dia sedang menghadapi kekusutan.
Idea # 13
Jika anda
berjalan-jalan di sebuah taman, bawalah pasangan anda ke sebuah buaian dan
berikan dia duduk. Ini akan mengingatkannya tentang kenangan indah pada masa
kecilnya.
Idea # 14
Tinggalkan satu
tangkai ros panjang di tempat yang pasangan anda akan perasan dan disertakan
nota di atasnya mengatakan:
"Terima kasih sudi datang ke dalam hidup saya."
Idea # 15
Jika pasangan
anda memulakan pekerjaan yang baru, beli sebuah salinan "The Sound Of
Music" sound track. Rakam lagu,
"I Have Confidence" ke sebuah CD dan rakamkan mesej anda sendiri pada
akhir lagu tersebut dengan berkata,
"Buat yang terbaik sayang, saya mempunyai keyakinan yang tinggi di dalam
diri kamu."
Berikan CD kepada pasangan anda untuk dimainkan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja di dalam kereta.
Idea # 16
Beli sebuah kotak
kecil yang cantik, sehelai kertas tisu yang berwarna, sedikit minyak urut dan
kad kosong.
Susunkan dengan cantik kotak tersebut dengan kertas tisu. Letakkan minyak urut di dalam kotak dan tulis mesej berikut di atas kad:
Susunkan dengan cantik kotak tersebut dengan kertas tisu. Letakkan minyak urut di dalam kotak dan tulis mesej berikut di atas kad:
Saya tahu seorang tukang urut yang sangat hebat.
Untuk appointment: (Nombor Telefon
anda)
Idea # 17
Apabila pasangan
anda telah mengalami hari yang sangat mengusutkan, siapkanlah mandian air panas
untuknya. Tuang sedikit minyak wangi mandian ke dalam tab mandi dan dengan
lembut mandikannya dari kepala sehingga ke kaki. Dukungnya ke bilik tidur.
Dengan tuala, keringkannya dengan lembut dan selimutkannya ke tempat tidur yang
dikemas rapi serta berikan sebuah ciuman manja ke dahinya.
Idea # 18
Untuk idea ini,
anda akan memerlukan pemain CD mudah alih. Jika anda dan pasangan anda
mempunyai lagu kegemaran, dapatkan salinan pada sekeping CD dan bawanya dengan
anda ketika anda pergi bercuti dengannya.
Apabila anda berada di tempat yang romantis, mintalah pasangan anda untuk menari bersama. Letakkan satu earphone di telinganya dan satu lagi pada diri anda sendiri dan nikmatilah dansa peribadi anda.
Teknik ini sangat berkesan jika tempat romantis yang telah anda pilih adalah suatu tempat di mana orang biasanya tidak menari, misalnya, bahagian atas bangunan yang tinggi dikala matahari terbenam atau di atas gunung sewaktu perjalanan untuk berkhemah.
Idea # 19
Jika pasangan
anda mempunyai haiwan kesayangan seperti seekor kucing yang manja, selain
membeli hadiah untuk pasangan anda pada hari-hari yang tertentu, belilah juga
hadiah kecil untuk haiwan kesayangannya.
Idea # 20
Berjalan-jalanlah
di pantai. Lukiskan sebuah bentuk hati yang besar di atas pasir. Duduk atau
baring di dalam hati tersebut dan peluk pasangan anda apabila anda melihat
matahari terbenam
selamat pagi yang indah:)
bertambah indah bila baca bhg ke-2 ni.oh suka betul!:)
bhg ke-3 ada lagi kan kan kan.hehe
haha.. mestilah ade.. tapi bukan sekarang la.. praktis dulu bahagian 1 ngn 2 ni.. :P
haha nice ideas la jose...sesuai utk isteri kamu nanti...teehehe~
itulah sebaik-baiknye.. tapi x aci la kalo ade 'org' tu duk intip2.. hehehe.. :P
bahagian ke-3 bila?
tak sabar nak th selanjutnya nih..hihihi =P
1 pon saya rasa macam takkan berkesan kat dri saya.. maybe sebab sy blom kahwin lagi kut... heehehe
btw nice one!!
hahaha.. x jadi la nak publish yg seterusnya... :P
SyaFaSya: kalau x berkesan kat kamu, kamu buat la dekat bf kamu.. hehe..
jiwang gak erk jepah nie....
ros mane ni.. ros sahabat fyra kah..?
mana bahagian 3..dh 2 tahun post ni..x kan x siap2 g..x update yg baru..?
Catat Ulasan