Blogspot dan Wordpress masing-masing adalah platform bagi blogger
untuk. Kita dapat lihat bahawa kebanyakan blogger(gadis-gadis
terutamanya) menggunakan platform ini bagi menggantikan diari buku
mereka yang usang, ataupun yang telah hilang dicuri rakan karib mereka.
Blogspot mempunyai kelebihan daripada segi penggunanya yang sangat ramai
dan sangat popular. Ia juga ringkas, padat dan mudah untuk difahami
tanpa memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap coding-coding yang
agak rumit. Wordpress pula mempunyai keunikannya yang tersendiri dan
mempunyai kelainan berbanding blogspot. Ia biasanya digunakan oleh golongan profesional yang mementingkan layout yang sesuai, ringkas dan padat.
Saya pada asalnya memilih Wordpress setelah diperkenalkan oleh rakan
persekolahan saya, tetapi memandangkan Blogspot mempunyai lebih ramai
pengguna, saya terpaksa memilih Blogspot. Namun, masing-masing mempunyai
pendapat yang tersendiri dalam menentukan platform mana yang lebih
bagus.
Berbalik kepada zaman sebelum tiadanya blogging platform, istilah blogging tersebut tersangatlah jarang dipakai.
Dan para-para blogger ini juga terpaksa mencari hosting yang tersendiri
dan pada waktu itu terdapat pelbagai jenis hosting yang mempunyai
kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Antara kekurangan yang sangat
ketara ialah Advertisement yang tidak menguntungkan dan saiz Ads
tersebut kadang-kadang agak besar dan sangat menyerabutkan. Dengan ini,
terpaksalah kami mencari hosting lain yang sesuai di "yahoo", pada waktu
itu google masih belum ada dengan menggunakan kata kunci "free hosting
no ads". Adalah beberapa hosting yang agak bagus pada masa itu di mana
ia mampu membekalkan sehingga 100MB ruang secara percuma. Migration
daripada satu hosting ke hosting yang lain adalah perkara yang normal
pada masa tersebut, kerana hosting yang ada pada masa itu ada yang
mempunyai masalah termasuklah penambahan Ads secara melampau.
Migration
akan menyebabkan URL anda tidak sama seperti yang sebelumnya. Dan untuk
mengatasi kekeliruan rakan-rakan blog pada masa tersebut, kami terpaksa
mencari domain percuma yang sesuai seperti .cjb.net. dan beberapa
domain lain.
Pada masa itu juga, kami tidak dibekalkan kemudahan seperti yang ada di blogging platform seperti template, comment box, termasuklah widgets yang menarik.
Untuk blogger amatur seperti saya, kami pada masa itu dibekalkan dengan
software Macromedia Dreamweaver untuk menghasilkan layout yang
tersendiri. Untuk lebih menarik, layout tersebut akan di design di Adobe
Photoshop dan kemudian dipotong mengikut kehendak masing-masing dan
seterusnya dimasukkan ke dalam DW. Dan sedikit touch-up, maka
terhasillah sebuah blog(website) yang menarik. Bagi ruangan comments,
kami terpaksa bertungkus-lumus dalam mencari website yang membekalkan
coding tersebut, dan apa yang kami dapat adalah comments yang berbentuk
pop-up window.
Saya belajar menggunakan kaedah HTML daripada abang
sulung saya pada umur 12 tahun. Beliau adalah seorang yang profesional
dan jika dibandingkan dengan saya, tersangatlah jauh ketaranya. Ini
adalah blog beliau yang sudah jarang diupdate http://madfozi.net. Beliau adalah salah seorang ahli Sifoo.com dan juga salah seorang
pengasas EkadMalaysia.net pada tahun 2004 kalau tak silap. Pada masa
itu, website tersebut mencecah hits yang sangat tinggi. Untuk keterangan
lanjut, sila lawati http://www.exmaahadian.com/ekadmalaysia/ecard.php?cmd=review.
Mereka
adalah pakar-pakar dalam penggunaan PHP. Dan pada masa itu saya hanya
dapat menghasilkan sebuah website yang ringkas sahaja. Post terakhir
saya pada masa itu adalah pada tahun 2005. Anda boleh lawati http://zpah3d.atspace.com/
untuk melihat hasil kerja saya yang tidak seberapa pada masa itu, namun
masih dapat dibanggakan kerana antara yang terawal dalam dunia
blogging. Hehe.
Layout
ini adalah hasil kerja tangan saya sendiri pada waktu itu, dan sedikit
masalah alingment tersebut adalah kerana gambar yang dibawahnya sudah
tiada (not available). Selepas daripada post terakhir tersebut, saya
membawa diri jauh daripada dunia blogging kerana minat yang kian pudar
serta tiada idea untuk dilontarkan bersama. Rakan saya pada masa itu
masih giat aktif berblogging, dan pada masa ini saya kurang pasti adakah
beliau masih berblogging seperti dahulu.
Apakah yang
mungkin akan terjadi sekiranya tiada platform blogging seperti Blogspot
dan Wordpress? Istilah "saya follow awak follow" tidak akan wujud,
tiadalah diari gadis-gadis cantik dan apa yang ada cumalah blogger
profesional sahaja. Nuffnang juga mungkin tidak akan wujud dan dengan
ini secara tidak langsung akan mengurangkan pendapatan sampingan anda. Kesimpulannya, anda semua sangat bertuah dengan adanya Blogger dan Wordpress.
Sekian nostalgia yang saya kongsikan kepada anda.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
Setahun yang lalu
yeahh..
i'm lucky to know Mr Blogspot n Mr Wordpress..
tapi cik pana kan seorang blogger yang profesinal.. kalau xde wordpress pun bleh blogging.. kan3.. haha..
jose, apsal saye tak buleh bukak blog lama awk tu.. T.T
dulu masa zmn skola menengah, saye gune blog yg frenster sediakan je...hihi..pastu baru berkenalan dgn pakcik blogspot ni...hoho~
xbleh bukak ke.? sy baru je try bkk td.. try la refresh blk.. nostalgia betul blog tu.. hrp2 hosting tuh ade lagi smpai bile2.. wawawa..
blog fwenster x best.. blogspot plg femes.. tp wordpress plg best.. hehe..
ermm..tapi ade lagi tak..nak wat layout sendiri...cik jo.ong taw tak carenye cam mnae??
kena pandai cari hosting la cik ain.. antara free @ berbayar @ tumpang hosting kawan..
layout tu bleh wat, senang aje.. tp bezanya kalau pakai html, senang tp sangat limited.. kena la pakai css @ php yang saye pon xreti.. haha.. kesimpulannya, blogging platform memudahkan hidup kite..
tapi kalau cik ain nak buat layout sendiri kat blogspot ni, kena la blajar css.. org ckp snang je.. tp sy pon baru nak blaja ni.. >.<
awal nye beljar pasal kaeadah HTML.
fatin masa 12thn dulu.. tau chatting je..huhu.. :p
mIRC ek.. mmg ngah meletop mase tu.. tiap2 ari nak chatting.. haha..
bagus info yang berguna...cik su selalu gak tertanye2 dulu2 cam ne kita berblog
erm.. berdasarkan pengalaman.. zaman tu pernah pakai hosting geocities yg x best langsung.. nasib bek ade hosting lain yg best2..
Catat Ulasan