Twitter

Pengikut

Profil

Jose Ayvb, Kemaman Island

"Learn to be happy with less"
"Expect the unexpected"
"Nothing ventured, nothing gained"

Lihat Profil Penuh

Lelaki cepat bosan dengan perempuan?


Topik ini agak menarik untuk diperbahaskan. Boleh dikatakan agak normal dan sering terjadi antara kita ataupun rakan-rakan kita. Golongan ini boleh dikatakan agak ramai, di mana lelaki hanya menggunakan perempuan sebagai tempat luahan perasaan, melepaskan kebosanan ataupun sekadar ‘flirting around’.

Namun, kaum hawa tidak boleh sewenang-wenangnya mengatakan bahawa lelaki yang berada dalam golongan ini adalah teruk. Mereka mungkin hanya nampak dari segi luaran sahaja kerana yang buruk selalu datang dari lelaki namun mereka jarang sekali melihat dari segi dalaman.

Saya tidak arif dalam bidang(cinta@jiwang) ini, namun saya juga sering terfikir dan ingin membahas topik ini berdasarkan pandangan seorang lelaki, dan saya juga pernah alami situasi ini dan pernah juga berlaku kepada beberapa rakan-rakan saya.

Fasa pertama dalam percintaan adalah sesi mengorat. Macam biasalah, lelaki yang mulakan dulu. Tapi zaman sekarang, sudah tidak menjadi sesuatu yang ganjil jika perempuan yang mulakan dulu. Beralih kepada topik asal, apabila mereka sudah tangkap cintan, hangat bercinta, sudah pasti mereka akan sentiasa bersama 24/7. Makan bersama, jalan bersama, solat berjemaah (bagusnye), study bersama, tidur bersama (konon-kononlah).

Bila berjauhan, sudah pasti mereka akan sering bertanya khabar antara satu sama lain, contohnya ber’sms’ dan ‘calling’ 24/7. Ini adalah perkara yang normal bagi perempuan, kerana mereka ingin dimanjai dan dihargai serta ingin diri mereka diambil berat oleh orang yang mereka sayang. Habis berapa banyak duit pun, mereka tidak kisah asalkan bahagia.

Tetapi, ini sedikit berlainan dengan kaum lelaki, mungkin bukan kesemuanya, tetapi sebahagiannya (sebahagian kecil atau besar kita tidak tahu). Tabiat lelaki adalah, mereka suka meluangkan masa dengan rakan-rakan, sedang bawa motor, tengok EPL, berjalan-jalan di tempat yang ramai awek, bermain game (i.e. DotA, Fiesta, etc), dan juga tak kurangnya bergosip kecil-kecilan, serta memperbahaskan tentang sesuatu yang tidak berkaitan dengan percintaan(politik @ agama). Apabila mereka diganggu dengan bunyi ‘sms’ ataupun panggilan daripada awek@skandal, ini akan membuatkan mereka menjadi lambat untuk membalas ‘sms’ ataupun tidak mengangkat telefon dan memberi alasan bahawa bateri kong, henset tertinggal dan lain-lain. Dan ini sudah tentu membuatkan kaum perempuan akan menjadi gelisah kerana ‘sms’ mereka tidak dibalas dan telefon tidak diangkat sedangkan mereka dalam keadaan kesedihan ataupun tersangat rindu akan ‘pakwe’. Apa yang akan dibuat oleh kaum perempuan ini adalah dengan menghantar lagi ‘sms’ dan kerap menelefon si ‘pakwe’.  Sikap ‘pushing’ ini akan membuatkan si lelaki akan menjadi tertekan dan bosan kerana mereka anggap jika lambat membalas ‘sms’ itu adalah perkara yang remeh, sedangkan ini adalah perkara yang penting bagi perempuan. 

Lelaki juga ada banyak kerja untuk dibuat. Fahamilah perasaan lelaki, jika anda sayang pada mereka. Jika tidak ‘sms’ satu hari, mungkin dia sibuk. Jika dia sibuk mencari perempuan lain, biarkanlah dia kerana anda sepatutnya dapat yang lebih baik daripadanya. Jangan sayang kepada orang yang tidak sayang kepada anda.
Tetapi, melalui pandangan yang berbeza, golongan yang bosan terhadap perempuan mungkin juga bukan kerana sikap ‘pushing’ seperti yang dinyatakan sebelum ini. Mungkin kerana golongan lelaki tersebut tidak dapat apa yang diingini, ataupun mereka sememangnya tidak setia. Golongan ini apabila bercinta walaubagaimanapun dapat bertahan dalam jangkawaktu yang agak singkat. Harap-harap agar anda tidak bertemu dengan golongan seperti ini dan saya juga berharap agar dijauhi dengan sikap tersebut.

Anda boleh simpulkan sendiri daripada apa yang telah saya sampaikan. Apa yang dibahaskan di atas hanyalah pendapat daripada saya. Tidak semestinya apa yang saya cuba sampaikan ini betul, namun tidak salah untuk kita berkongsi pendapat. “Sharing is caring”, am I right?


comment 19 pengkritik:

MuNie on 27 Oktober 2010 pada 2:34 PTG berkata...

nice. :) thanks for sharing

wie on 27 Oktober 2010 pada 4:26 PTG berkata...

"Jangan sayang kepada orang yang tidak sayang kepada anda". nice one. usah dibuang air mata menangisi yang tak sepatutnya untuk anda. walk away and move on~

Jose Ayvb berkata...

ye.. itula yang terbaik.. walk away and move on.. jangan dikenang kisah yang lalu..

Cinta Madu on 27 Oktober 2010 pada 6:46 PTG berkata...

bagus lah ko ni joong, bila ko buat research ni? sempat lagi ko kan. btw, gambar yg last tu mcm waktu man tido dlm kelas lah.

Jose Ayvb berkata...

haha.. dah pandai panggil aku joong eh.. smlm xde tenet, so sempat la nak wat research pasal ni.. kah3.. yg gmbar last tu, rambut r kot yg same mcm man.. ksian man..

ct khalisa on 27 Oktober 2010 pada 11:51 PTG berkata...

caring is coupling..ahahaha (^_^)

Jose Ayvb berkata...

coupling will produce moment. hahaha

bedaksojuk on 28 Oktober 2010 pada 12:23 PG berkata...

nice one........pndai awk kaji....hehehee=)

Jose Ayvb berkata...

am i right?? hahaha. kepok pale kang

bedaksojuk on 28 Oktober 2010 pada 3:04 PG berkata...

hahaha.....am i wrong??x kate nape2 pon ok...

Jose Ayvb berkata...

yes you are wrong. haha

Izzaty Ishak on 28 Oktober 2010 pada 12:10 PTG berkata...

Whoa suka gila entry nih! ;)

Apa yg terjadi pd zaty ialah yg sebaliknya but zaty bukanlah seorang yg cepat jemu pd lelaki cuma zaty jarang nak msg/call bf sehinggakan die buat spekulasi lain terhadap zaty :(

Actually zaty niat tak nak ganggu die sbb zaty tahu die sibuk. But at the end, die tak paham n die kata zaty ade lelaki lain! wth :(

Jose Ayvb berkata...

itulah andaian dan spekulasi seseorang apabila dirinya berada dalam situasi ini(rase mcm dipinggirkan). ape yang perlu dibuat, sepatutnye memahami sikap si dia. kalau die tak suka diganggu, jangan ganggu. kalau die suke bermanje, haa bagus la tu..

dan lagi jangan cemburu tidak bertempat. cemburu itu bagus, tapi jangan lebih2, dan jangan x cemburu langsung.

tapi kalau betul die ade orang lain atau flirting around, haa paham2 la..

Azri Björke on 28 Oktober 2010 pada 7:33 PTG berkata...

perghhh... da mcm brader love mu pah..haha
aku rase mu bulih doh ltok tab se lg; luahan perasaan..kih3

Jose Ayvb berkata...

tuh r.. nnt ade r ag falsafah cinta yang aku leh terbitkan..

mulai sekarang, panggil aku brader love. hahaha

aDdA hM on 5 November 2010 pada 7:54 PTG berkata...

jose ayvb ni laki ke pmpuan..
kOnpius2..haha..
ade pmpuan xsuke kene tipu wpon bnde kcik2..
tros trang is better..
wpon tpkse angkt fon tuk 2saat..kot..
sbb majoriti pmpuan xkongkong..
ckup kalo taw hal sbenar..
2saat tu ckup tuk njoy ngn kwn2 tnpe gangguan..kot..haha
**tuk sape2 yg seyez jela kot..
ak xpon xpasti..hoho

Jose Ayvb berkata...

laki lahh.. haha.. ni sebab ade org tanye kat aku pasal ni.. so aku tulis ikut pandangan aku la.. xkan semuanya pmpuan yang nak tulis kan..? hehe..

yeke pmpuan skarang x kongkong..? lagipun, bukan masalah kongkongan, tapi masalah nak berkepit, ngn nak lepaskan rindu.. maklumlah perempuan, bile dah bercinte, *habis*... ;P

nur farahin binti sulaiman on 24 November 2010 pada 11:27 PTG berkata...

bagos la post nie.. jgn terlalu syang je.. laen la klau dya tue jdoh kita..=)

Jose Ayvb berkata...

mekaseh kerana menyokong.. hehe..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Delete this element to display blogger navbar

 
© 2010 Jose Ayvb [Jo.onG] is proudly powered by Blogger