Twitter

Pengikut

Profil

Jose Ayvb, Kemaman Island

"Learn to be happy with less"
"Expect the unexpected"
"Nothing ventured, nothing gained"

Lihat Profil Penuh

kamu yang joong, bukan saya..



Kenapakah Joong? Joong ini membawa seribu satu makna..

Dari segi persekitaran: Joong ini membawa kepada maksud, cuaca yang mendung. Disaat hujan hampir menitis, dan dibantu oleh segerombolan awan-awan hitam yang berarak mengelilingi bumi ini. Andai kata hari tersebut masih cerah, namun hujan lebat turun tiba-tiba, ini tidak termasuk dalam golongan joong. Ini dinamakan sebagai hujan musang (fox rain). Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari drama bersiri Korea (My Girl is a Gumiho).

Dari segi perasaan: Boleh juga dikaitkan dengan perasaan yang sedih, suram, sepi, kecewa dan sebagainya. Ini adalah sesuatu yang jarang digunapakai oleh kita semua. Oleh itu, jika anda ingin menjadi seseorang yang lain, mencuba sesuatu yang baru, anda boleh mengaplikasikan perkataan ini untuk menggambarkan isi hati anda sekiranya anda dilanda kekecewaan dan sebagainya.

Dari segi bahasa: Joong tiada sama sekali dinyatakan dalam kamus dewan bahasa kerana perkataan ini bukanlah bahasa melayu baku. Perkataan ini sering dipakai oleh rakyat negeri Terengganu yang merupakan bahasa kedua terbaik di alam semesta. Mungkin suatu masa nanti, akan terdapat kamus dewan bahasa versi Ganu Kiter yang dapat mengumpulkan segala perkataan serta kata ganda yang sering digunakan oleh nenek moyang kita.

comment 4 pengkritik:

Azri Bjรถrke on 24 Oktober 2010 pada 9:06 PG berkata...

kalau jo'oong laen lak maksudnyer... jo'oong adalah bdk2 blok k38 yang watde³...haha~

Jose Ayvb berkata...

bdk2 blok k38, sume pun "jo'oong2 wehh"... haha

Cinta Madu on 25 Oktober 2010 pada 1:56 PTG berkata...

joong tu macam mana nak pronounce? jo'ong atau jung?

Jose Ayvb berkata...

sebutnya macam ni.. jo'ouung.. di depannye jelas 'o', di belakangnya ke arah sebutan 'u'.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Delete this element to display blogger navbar

 
© 2010 Jose Ayvb [Jo.onG] is proudly powered by Blogger