Twitter

Pengikut

Profil

Jose Ayvb, Kemaman Island

"Learn to be happy with less"
"Expect the unexpected"
"Nothing ventured, nothing gained"

Lihat Profil Penuh

101 Idea Romantis [Bahagian 2]




Sambungan daripada 101 Idea Romantis [Bahagian 1]. 

Idea # 11

Hafal salah satu puisi cinta contohnya Shakespeare dan bacalah pada pasangan anda ketika anda berada dalam suasana romantis seperti di dalam sebuah taman bunga. Jangan baca puisi tersebut dengan tiba-tiba, kerana pasangan anda pasti akan berasa pelik.

Apabila anda sedang memeluk pasangan anda, cakaplah dengan nada bergurau, "Jadi, sekarang adalah masa yang tepat untuk membacakan sebuah puisi cinta untuk awak?" Dia mungkin akan mengatakan ya, mengharapkan anda untuk datang dengan sesuatu yang "Mawar itu Merah ..." dan seterusnya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, lihatlah ke dalam matanya, senyum dan lafazkan puisi tersebut disamping belailah wajahnya. Cubalah puisi di bawah ini. Jika ini terlalu panjang untuk diingati, cubalah cari puisi yang lebih ringkas.

“Wahai sayang ku,
Ketika pertama kali kita berpandangan, bertemu dan berbicara
Terasa ada sesuatu disudut hati ku ini
Ada angin mesra yang bertiup dengan begitu lembut sekali
Begitu samar-samar, cuba membisikkan sesuatu di hatiku….
Tentang sebuah kemesraan, tentang sebuah kehidupan
Sebuah kisah cinta, dan sebuah harapan diantara kita berdua.”


Idea # 12

Jika pasangan anda telah bekerja lebih masa, ambillah satu bekas makanan dan isikannnya dengan beberapa makanan kegemarannya seperti coklat, teh herba, kuih, serta letakkan sebuah patung “teddy bear”.

Seterusnya, tulis di atas sehelai kertas

"Bungkusan Lewat Malam Syira Yang Ajaib"

Tandakan pangkah besar di bawahnya  dan tampal kertas tersebut ke atas bekas makanan tadi. Beritahu pasangan anda untuk membuka bekas tersebut apabila dia sedang menghadapi kekusutan.


Idea # 13

Jika anda berjalan-jalan di sebuah taman, bawalah pasangan anda ke sebuah buaian dan berikan dia duduk. Ini akan mengingatkannya tentang kenangan indah pada masa kecilnya.


Idea # 14

Tinggalkan satu tangkai ros panjang di tempat yang pasangan anda akan perasan dan disertakan nota di atasnya mengatakan:

"Terima kasih sudi datang ke dalam hidup saya."


Idea # 15

Jika pasangan anda memulakan pekerjaan yang baru, beli sebuah salinan "The Sound Of Music" sound track. Rakam lagu, "I Have Confidence" ke sebuah CD dan rakamkan mesej anda sendiri pada akhir lagu tersebut dengan berkata,

"Buat yang terbaik sayang, saya mempunyai keyakinan yang tinggi di dalam diri kamu."

Berikan CD kepada pasangan anda untuk dimainkan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja di dalam kereta.


Idea # 16

Beli sebuah kotak kecil yang cantik, sehelai kertas tisu yang berwarna, sedikit minyak urut dan kad kosong.
Susunkan dengan cantik kotak tersebut dengan kertas tisu. Letakkan minyak urut di dalam kotak dan tulis mesej berikut di atas kad:

Saya tahu seorang tukang urut yang sangat hebat.
Untuk appointment: (Nombor Telefon anda)


Idea # 17

Apabila pasangan anda telah mengalami hari yang sangat mengusutkan, siapkanlah mandian air panas untuknya. Tuang sedikit minyak wangi mandian ke dalam tab mandi dan dengan lembut mandikannya dari kepala sehingga ke kaki. Dukungnya ke bilik tidur. Dengan tuala, keringkannya dengan lembut dan selimutkannya ke tempat tidur yang dikemas rapi serta berikan sebuah ciuman manja ke dahinya.


Idea # 18

Untuk idea ini, anda akan memerlukan pemain CD mudah alih. Jika anda dan pasangan anda mempunyai lagu kegemaran, dapatkan salinan pada sekeping CD dan bawanya dengan anda ketika anda pergi bercuti dengannya.

Apabila anda berada di tempat yang romantis, mintalah pasangan anda untuk menari bersama. Letakkan satu earphone di telinganya dan satu lagi pada diri anda sendiri dan nikmatilah dansa peribadi anda.

Teknik ini sangat berkesan jika tempat romantis yang telah anda pilih adalah suatu tempat di mana orang biasanya tidak menari, misalnya, bahagian atas bangunan yang tinggi dikala matahari terbenam atau di atas gunung sewaktu perjalanan untuk berkhemah.


Idea # 19

Jika pasangan anda mempunyai haiwan kesayangan seperti seekor kucing yang manja, selain membeli hadiah untuk pasangan anda pada hari-hari yang tertentu, belilah juga hadiah kecil untuk haiwan kesayangannya.


Idea # 20

Berjalan-jalanlah di pantai. Lukiskan sebuah bentuk hati yang besar di atas pasir. Duduk atau baring di dalam hati tersebut dan peluk pasangan anda apabila anda melihat matahari terbenam

comment 11 pengkritik:

Yana Rashid on 4 November 2010 pada 11:21 PG berkata...

selamat pagi yang indah:)
bertambah indah bila baca bhg ke-2 ni.oh suka betul!:)
bhg ke-3 ada lagi kan kan kan.hehe

Jose Ayvb berkata...

haha.. mestilah ade.. tapi bukan sekarang la.. praktis dulu bahagian 1 ngn 2 ni.. :P

Sarah Abadan on 4 November 2010 pada 12:13 PTG berkata...

haha nice ideas la jose...sesuai utk isteri kamu nanti...teehehe~

Jose Ayvb berkata...

itulah sebaik-baiknye.. tapi x aci la kalo ade 'org' tu duk intip2.. hehehe.. :P

ct khalisa on 4 November 2010 pada 2:11 PTG berkata...

bahagian ke-3 bila?
tak sabar nak th selanjutnya nih..hihihi =P

SyaFaSya berkata...

1 pon saya rasa macam takkan berkesan kat dri saya.. maybe sebab sy blom kahwin lagi kut... heehehe

btw nice one!!

Jose Ayvb berkata...

hahaha.. x jadi la nak publish yg seterusnya... :P

Jose Ayvb berkata...

SyaFaSya: kalau x berkesan kat kamu, kamu buat la dekat bf kamu.. hehe..

ros berkata...

jiwang gak erk jepah nie....

Jose Ayvb berkata...

ros mane ni.. ros sahabat fyra kah..?

Tanpa Nama berkata...

mana bahagian 3..dh 2 tahun post ni..x kan x siap2 g..x update yg baru..?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Delete this element to display blogger navbar

 
© 2010 Jose Ayvb [Jo.onG] is proudly powered by Blogger