Twitter

Pengikut

Profil

Jose Ayvb, Kemaman Island

"Learn to be happy with less"
"Expect the unexpected"
"Nothing ventured, nothing gained"

Lihat Profil Penuh

Nostalgia Seorang Blogger Amatur Sebelum Adanya Blogspot dan Wordpress.

Blogspot dan Wordpress masing-masing adalah platform bagi blogger untuk. Kita dapat lihat bahawa kebanyakan blogger(gadis-gadis terutamanya) menggunakan platform ini bagi menggantikan diari buku mereka yang usang, ataupun yang telah hilang dicuri rakan karib mereka. Blogspot mempunyai kelebihan daripada segi penggunanya yang sangat ramai dan sangat popular. Ia juga ringkas, padat dan mudah untuk difahami tanpa memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap coding-coding yang agak rumit. Wordpress pula mempunyai keunikannya yang tersendiri dan mempunyai kelainan berbanding blogspot. Ia biasanya digunakan oleh golongan profesional yang mementingkan layout yang sesuai, ringkas dan padat. Saya pada asalnya memilih Wordpress setelah diperkenalkan oleh rakan persekolahan saya, tetapi memandangkan Blogspot mempunyai lebih ramai pengguna, saya terpaksa memilih Blogspot. Namun, masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri dalam menentukan platform mana yang lebih bagus.

Berbalik kepada zaman sebelum tiadanya blogging platform, istilah blogging tersebut tersangatlah jarang dipakai. Dan para-para blogger ini juga terpaksa mencari hosting yang tersendiri dan pada waktu itu terdapat pelbagai jenis hosting yang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Antara kekurangan yang sangat ketara ialah Advertisement yang tidak menguntungkan dan saiz Ads tersebut kadang-kadang agak besar dan sangat menyerabutkan. Dengan ini, terpaksalah kami mencari hosting lain yang sesuai di "yahoo", pada waktu itu google masih belum ada dengan menggunakan kata kunci "free hosting no ads". Adalah beberapa hosting yang agak bagus pada masa itu di mana ia mampu membekalkan sehingga 100MB ruang secara percuma. Migration daripada satu hosting ke hosting yang lain adalah perkara yang normal pada masa tersebut, kerana hosting yang ada pada masa itu ada yang mempunyai masalah termasuklah penambahan Ads secara melampau.

Migration akan menyebabkan URL anda tidak sama seperti yang sebelumnya. Dan untuk mengatasi kekeliruan rakan-rakan blog pada masa tersebut, kami terpaksa mencari domain percuma yang sesuai seperti .cjb.net. dan beberapa domain lain.

Pada masa itu juga, kami tidak dibekalkan kemudahan seperti yang ada di blogging platform seperti template, comment box, termasuklah widgets yang menarik. Untuk blogger amatur seperti saya, kami pada masa itu dibekalkan dengan software Macromedia Dreamweaver untuk menghasilkan layout yang tersendiri. Untuk lebih menarik, layout tersebut akan di design di Adobe Photoshop dan kemudian dipotong mengikut kehendak masing-masing dan seterusnya dimasukkan ke dalam DW. Dan sedikit touch-up, maka terhasillah sebuah blog(website) yang menarik. Bagi ruangan comments, kami terpaksa bertungkus-lumus dalam mencari website yang membekalkan coding tersebut, dan apa yang kami dapat adalah comments yang berbentuk pop-up window.

Saya belajar menggunakan kaedah HTML daripada abang sulung saya pada umur 12 tahun. Beliau adalah seorang yang profesional dan jika dibandingkan dengan saya, tersangatlah jauh ketaranya. Ini adalah blog beliau yang sudah jarang diupdate http://madfozi.net. Beliau adalah salah seorang ahli Sifoo.com dan juga salah seorang pengasas EkadMalaysia.net pada tahun 2004 kalau tak silap. Pada masa itu, website tersebut mencecah hits yang sangat tinggi. Untuk keterangan lanjut, sila lawati http://www.exmaahadian.com/ekadmalaysia/ecard.php?cmd=review.



Mereka adalah pakar-pakar dalam penggunaan PHP. Dan pada masa itu saya hanya dapat menghasilkan sebuah website yang ringkas sahaja. Post terakhir saya pada masa itu adalah pada tahun 2005. Anda boleh lawati http://zpah3d.atspace.com/ untuk melihat hasil kerja saya yang tidak seberapa pada masa itu, namun masih dapat dibanggakan kerana antara yang terawal dalam dunia blogging. Hehe.




Layout ini adalah hasil kerja tangan saya sendiri pada waktu itu, dan sedikit masalah alingment tersebut adalah kerana gambar yang dibawahnya sudah tiada (not available). Selepas daripada post terakhir tersebut, saya membawa diri jauh daripada dunia blogging kerana minat yang kian pudar serta tiada idea untuk dilontarkan bersama. Rakan saya pada masa itu masih giat aktif berblogging, dan pada masa ini saya kurang pasti adakah beliau masih berblogging seperti dahulu.

Apakah yang mungkin akan terjadi sekiranya tiada platform blogging seperti Blogspot dan Wordpress? Istilah "saya follow awak follow" tidak akan wujud, tiadalah diari gadis-gadis cantik dan apa yang ada cumalah blogger profesional sahaja. Nuffnang juga mungkin tidak akan wujud dan dengan ini secara tidak langsung akan mengurangkan pendapatan sampingan anda. Kesimpulannya, anda semua sangat bertuah dengan adanya Blogger dan Wordpress.


Sekian nostalgia yang saya kongsikan kepada anda.

comment 10 pengkritik:

p[A]n[A]d[O]L on 14 November 2010 pada 10:34 PG berkata...

yeahh..
i'm lucky to know Mr Blogspot n Mr Wordpress..

Jose Ayvb berkata...

tapi cik pana kan seorang blogger yang profesinal.. kalau xde wordpress pun bleh blogging.. kan3.. haha..

Sarah Abadan on 14 November 2010 pada 10:52 PG berkata...

jose, apsal saye tak buleh bukak blog lama awk tu.. T.T
dulu masa zmn skola menengah, saye gune blog yg frenster sediakan je...hihi..pastu baru berkenalan dgn pakcik blogspot ni...hoho~

Jose Ayvb berkata...

xbleh bukak ke.? sy baru je try bkk td.. try la refresh blk.. nostalgia betul blog tu.. hrp2 hosting tuh ade lagi smpai bile2.. wawawa..

blog fwenster x best.. blogspot plg femes.. tp wordpress plg best.. hehe..

nurulain zakaria on 14 November 2010 pada 12:37 PTG berkata...

ermm..tapi ade lagi tak..nak wat layout sendiri...cik jo.ong taw tak carenye cam mnae??

Jose Ayvb berkata...

kena pandai cari hosting la cik ain.. antara free @ berbayar @ tumpang hosting kawan..

layout tu bleh wat, senang aje.. tp bezanya kalau pakai html, senang tp sangat limited.. kena la pakai css @ php yang saye pon xreti.. haha.. kesimpulannya, blogging platform memudahkan hidup kite..

tapi kalau cik ain nak buat layout sendiri kat blogspot ni, kena la blajar css.. org ckp snang je.. tp sy pon baru nak blaja ni.. >.<

Faten Rosli on 14 November 2010 pada 1:06 PTG berkata...

awal nye beljar pasal kaeadah HTML.
fatin masa 12thn dulu.. tau chatting je..huhu.. :p

Jose Ayvb berkata...

mIRC ek.. mmg ngah meletop mase tu.. tiap2 ari nak chatting.. haha..

Cik Su Life Cycle on 14 November 2010 pada 10:09 PTG berkata...

bagus info yang berguna...cik su selalu gak tertanye2 dulu2 cam ne kita berblog

Jose Ayvb berkata...

erm.. berdasarkan pengalaman.. zaman tu pernah pakai hosting geocities yg x best langsung.. nasib bek ade hosting lain yg best2..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Delete this element to display blogger navbar

 
© 2010 Jose Ayvb [Jo.onG] is proudly powered by Blogger