TAHUKAH ANDA: Wanita pertama merujuk kepada isteri / permaisuri kepada seseorang ketua negara sama ada ketua negara itu bergelar presiden (Amerika), Yang Dipertuan Agong (Malaysia), sultan (Brunei), dan canselor (Jerman).
Satu-satunya individu yang layak memegang gelaran kedua tertinggi dalam negara kita selepas Ketua Negara Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia (Queen of Malaysia), iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah (Her Majesty Tuanku Nur Zahirah).
Manakala dari segi kedudukan seterusnya ialah Wanita Kedua Malaysia (Second Lady of Malaysia). Wanita Kedua Malaysia merujuk kepada isteri / permaisuri kepada Timbalan Ketua Negara (Timbalan Yang Dipertuan Agong), iaitu K.D.Y.M.M. Sultanah Hajah Haminah Binti Almarhum Haji Hamidun, Sultanah Kedah Darul Aman.
Sumber: Facebook(Wanita Pertama Malaysia)
Ia dicipta untuk memberikan maklumat yang betul kepada rakyat akan siapakah yang berhak untuk memakai gelaran Wanita Pertama Malaysia (First Lady of Malaysia) terutamanya di peringkat antarabangsa.
