Twitter

Pengikut

Profil

Jose Ayvb, Kemaman Island

"Learn to be happy with less"
"Expect the unexpected"
"Nothing ventured, nothing gained"

Lihat Profil Penuh

7
Deepwater Floating Structure Model Competition 2010.

Pertandingan ini dianjurkan oleh PELTAC, UTM dan ditaja oleh penaja utama iaitu Shell. Penyertaan adalah sebanyak 29 kumpulan termasuklah hampir 10 kumpulan daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Marin.




 Antara struktur model yang ada pada hari tersebut.


Struktur model untuk percubaan yang pertama dan tiada keduanya.

Pada hari pertandingan.

Khusyuk dalam membina tangki buoyancy.

Mereka juga sibuk

Salah satu kumpulan yang menghadapi masalah mengenai lebar maksimum yang dibenarkan.


 Rekaan semi-submersible.

Masing-masing beratur untuk menghantar model yang telah siap.

Timbangan pada model struktur kami menunjukkan 0.24kg.

Antara rekaan yang dihasilkan oleh kumpulan lain.

Konsep spar.

Macam-macam ada.

Binaan yang tidak stabil.

Sedikit stabil

Rekaan ini tidak mampu menampung beban yang banyak.


Hasil akhir daripada ahli kumpulan kami. Botol utama dibahagian tengah diisi penuh dengan air, manakala 4 botol di sekelilingnya di tambah dengan air kurang separuh daripada botol tersebut. Ini bertujuan untuk merendahkan titik G bagi meningkatkan kestabilan struktur model ini.

Apabila disertakan dengan bot kapsul kecemasan.

 Pembentangan daripada wakil kumpulan kami.

1kg beban diletakkan. Gambar agak kabur.

2.5kg beban diletakkn. Stabil.

 3.5kg beban diletakkan. Masih stabil, tapi sayangnya berat yang ditambah selepas itu meninggikan lagi titik G struktur ini. Berat yang sepatutnya diletakkan adalah 4kg. Walaubagaimanapun, hanya 3 kumpulan yang dapat mencapai beban tambahan tertinggi sebnyak 3.5kg termasuk kumpulan kami.

Tamat sudah dengan tempat ke4. Kalah tipis kerana kos yang digunakan oleh kumpulan kami agak tinggi. Walaubagaimanapun, kami tetap puas hati.
Keterangan Lanjut

5
Bot Lipat (Foldable Boat)


Keterangan
Panjang: 2.3m
Lebar: 1.5m
Draf: 0.4m
Berat: 38.4kg
Anggaran muatan yang dibenarkan: 4 orang(60kg/org)
Bahan-bahan: PVC and Canvas
Jenis jahitan: Nombor 8, (Tali tangsi)
Masa yang diperlukan untuk pasang: Kurang 3 minit.

Untuk Video, sila lawat: Piske - http://hidupbukansenang.blogspot.com/2010/11/video-instant-boat-bot-lipat.html

Bot  Lipat (Foldable boat) ini adalah sebuah projek kajian di makmal Teknologi marin, UTM. Antara orang penting yang terlibat adalah Piske.

 Pandangan dari atas

 Bot lipat diletakkan di atas permukaan air. 

Seorang model berusaha untuk masuk ke dalam bot tersebut.

Nampaknya stabil, tiada rolling. Bot ini dilihat dapat mengurangkan mabuk laut.

 Bila bertiga, kedudukan terpaksa diperbetulkan bagi menstabilkan bot tersebut.

Bahagian tempat duduk dibuka.

Lipatan pertama bot ini.

Ade orang tersengih nampaknye. Hahaha

Lipatan kedua. "Tinggi jugak bot ni eh" kata Piske.

Sudut pemandangan di towing tank, makmal Teknologi Marin. I'm proud to be a marine tech student.


Dengan adanya bot lipat ini, ia dapat menjimatkan penggunaan ruang, bagus pada persekitaran, mudah dibawa serta kos pembuatannya adalah rendah. Ia juga boleh disimpan di kawasan rumah bagi tujuan kecemasan dan keselamatan sekira berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti banjir.
Keterangan Lanjut

10
101 Idea Romantis [Bahagian 1]




Post ini ditujukan kepada kaum lelaki yang ingin menunjukkan sifat romantisnya terhadap si dia. Berikut adalah 10 daripada 101 idea-idea yang romantis.


Idea # 1 

Jika pasangan anda akan pergi selama beberapa hari, katakan padanya bahawa anda bimbang tentangnya sehingga anda telah mengarahkan seorang “bodyguard” untuk menjaga dirinya. Kemudian berikanlah padanya “teddy bear”.


Idea # 2

Beli beberapa paket bintang “glow in the dark” dan letakkannya di atas syiling tempat tidur anda dengan ejaan mesej seperti "I Love You" Ketika lampu ditutup, mesej anda akan terbongkar!


Idea # 3

Pada hari-hari yang tertentu, belikan pasangan anda sebelas mawar merah hidup dan satu
mawar merah plastik. Letakkan mawar merah plastik tersebut di tengah-tengah jambak bunga tersebut.
Letakkan sebuah kad yang mengatakan:

"Aku akan mencintaimu sehingga mawar yang terakhir akan layu”


Idea # 4

Beli nama domain nama pasangan anda jika terdapat misalnya www.fatimah.com. Buat laman web yang mengandungi puisi romantis dan gambar mawar. Apabila pasangan anda sedang melayari internet, buat-buat bertanya padanya, pernahkah dia terfikir untuk mengetahui sekiranya domain namanya telah diambil atau tidak. Biarkan dia mencari sendiri laman web tersebut.


Idea # 5

Beli sebuah cermin tangan yang menarik dan berikannya kepada pasangan anda sebagai hadiah. Disertakan kad dalam kotak yang mengatakan,

"Dalam cermin ini anda akan melihat gambar
wanita paling cantik di dunia.”


Idea # 6

Ambil sebuah buku yang pasangan anda masih belum habis membacanya dan dengan menggunakan sebatang pensil, garis setiap bawah huruf dalam suatu bahagian dari buku tersebut yang masih belum dibaca olehnya untuk mengeja sebuah mesej cinta. Misalnya dalam mengambil contoh daripada sebuah novel yang berikut, yang digariskan hurufnya untuk menghuraikan mesej rahsia "I Love You".

"The palace was a labyrinth, their passage through it tortuous and interminable. Initially they passed from building to building under the sodden sky. Steve's feet ached; he might have laughed at himself, the tireless traveler, grown too soft from his months in the city to walk any proper distance. Abruptly the guards halted."

Huruf yang digariskan akan membuat pasangan anda ingin tahu dan dengan sedikit nasib yang baik dia akan menuliskannya semula. Luangkan sedikit masa untuk menyampaikan mesej yang lebih tersusun seperti "Oh Hajar, aku mencintaimu sayang".


Idea # 7

Hantarkan bunga ke tempat kerja pasangan anda. Tidak cukup dengan hanya bunga tersebut, dia akan menerima pandangan dan perhatian dari teman-teman sekerjanya yang akan menambahkan lagi kegembiraannya.

 
Idea # 8

Sedang anda berjalan dengan pasangan anda pada hujung minggu, ambil sebuah batu halus dan mengatakan bahawa anda akan menyimpannya sebagai kenang-kenangan khusus untuk hari tersebut. Kemudian, letaklah sebuah mesej seperti,

"Saya sayang Lisa"

yang terukir pada batu tersebut dengan sedikit hiasan dan berikannya kepada pasangan anda.


Idea # 9

Pergilah ke sebuah tempat di mana ada sebuah bukit berumput dan berbaringlah dengan pasangan anda di situ sambil melihat ke arah awan.
Main permainan kanak-kanak tentang mencari bentuk dalam formasi awan tersebut.


Idea # 10

Dapatkan sehelai kertas dan beberapa krayon. Lukiskan seorang kanak-kanak serta matahari yang tersenyum dan juga dua orang lidi yang sedang berpegangan tangan. Tambahkan label dengan dua nama yang sedang menunjuk ke arah orang lidi tersebut. Tuliskan "Aku cinta kamu" di dalam sebuah lukisan yang berbentuk hati. Seterusnya dapatkan sebuah sampul surat formal yang besar. Letakkan lukisan anda di dalamnya dan taip alamat formal tempat kerja pasangan anda seperti:

Perlu perhatian segera daripada:
                       
Siti Nurbayya binti Abu Daud
                        Tingkat 98, Bangunan Menara Warisan
                        Kuala Lumpur.

Pos surat tersebut kepada pasangan anda sehingga ia menerimanya pada satu tengah hari yang sibuk.
Keterangan Lanjut

3
Islam di mata mereka.


Seorang Yahudi boleh membela jambangnya bagi membina kekukuhan imannya.
Namun, apabila seorang Muslim membuat perkara yang sama, beliau dianggap pengganas dan ekstrimis
Seorang biarawati boleh menutup kepalanya sehingga kakinya bagi mentaati Tuhannya.
Namun, apabila gadis Muslim melakukan perkara yang sama, beliau diberi tekanan oleh pihak lain.
Apabila seorang ibu daripada barat menjadi surirumah untuk menjaga rumah dan anaknya, beliau dipandang tinggi dan dihormati kerana pengorbanan yang beliau berikan.
Namun, apabila seorang ibu Muslim membuat perkara yang sama mengikut kehendaknya, mereka kata "dia perlu dibebaskan!!"
Bagi kaum perempuan apabila ke Universiti, mereka mempunyai hak dan kebebasan untuk memakai apa sahaja mengikut caranya.
Namun, apabila seorang Muslim memakai tudung, mereka menghalangnya daripada masuk Universiti.
Apabila seorang kanak-kanak menunjukkan minat terhadap sesuatu perkara atau subjek, beliau dikatakan mempunyai bakat dan potensi.
Apabila seorang kanak-kanak Muslim menunjukkan minat terhadap Islam, beliau dikatakan tidak berguna.


Apabila seorang Yahudi membunuh seseorang, agama tidak dikaitkan. Apabila seorang Muslim dihadapkan terhadap tuduhan jenayah, Agama Islam lah yang dipersalahkan.
 
Apabila seseorang mengorbankan diri untuk menyelamatkan orang lain, beliau dipandang mulia dan semua menghormatinya.
Namun apabila seorang Palestinian membuat perkara yang sama terhadap anaknya daripada dibunuh, tangan adiknya daripada dipatahkan, ibunya dirogol, rumahnya dibakar, dan Masjid dihina dengan pelbagai cara, beliau mendapat gelaran "pengganas"! Kenapa? Sebab beliau adalah seorang Muslim.
Apabila seorang memandu kereta mewah dengan sikap yang kurang ajar, kereta tersebut tidak dipersalahkan.
Namun apabila seorang Muslim melakukan kesilapan atau dihadapkan terhadap satu pertuduhan jenayah, Islam adalah puncanya.
Tanpa ragu-ragu, kita mempercayai segala apa yang disampaikan oleh surat khabar dan berita.
Tetapi sering mempersoalkan apa yang dikatakan al-QURAN!

Renung-renungkan.
Kredit kepada: Shafif
Keterangan Lanjut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Delete this element to display blogger navbar

 
© 2010 Jose Ayvb [Jo.onG] is proudly powered by Blogger